 |
| Habbatus Sawda yang telah diproses dalam bentuk serbuk/debu bagi memudahkan pengambikannya. mudah utk diambil..hanya campurkan nya dalam minuman harian utk kesihatan |
Jangan biarkan GOUT melarat sampai anda tak larat !!!
Nak tahu TANDA anda kena serangan GOUT? ...
✔ Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
✔ Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
✔ Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
✔ Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
✔ Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
✔Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
✔Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Keazaban serangan GOUT memang amat perit! cubalah habbatus sawda' ABS yang telah diproses dalam bentuk serbuk.
sungguh mudah diambil..hanya masukkan ke dalam minuman harian anda,bc fatihah,selawat dan niatkan mohon kesembuhan dr Allah.
sms 013-9713026 utk tempahan habbatus sawda ABS anda hari ini juga
Merujuk kpd kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a
bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda bermaksud:
“ Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubat dan penawarnya.”

Habbatus
Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di
kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji
hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan
secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengunati
pelbagai jenis penyakit.
Jintan hitan diperolehi daripada
bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.
Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna
putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan
biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini
dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh
Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam ini
juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi,
sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti
cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14%
minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat
besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah
Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan
Thymol (THY)

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah
herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Namun setelah Ilmuwan Islam
menjalani ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka barulah
mengakui akan kebenarannya.
Jintan hitam atau Habbatus Sauda atau
dalam bahasa saintfiknya Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan
negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak
kajian telah dijalankan namun kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab.
Oleh itu, pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah
S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu
sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana
ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam
(mati).” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia
berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit
di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan
sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami:
“Ubatilah dengan Habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh
biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan
minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku
bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “ Sesungguhnya habbah as-Sauda
ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit al-saam.
Ditanyakan apa itu penyakit sham, beliau berkata al-saam adalah
kematian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis-hadis yang
disebutkan di atas, maka jelaslah kepada kita akan kelebihan habbatus
sauda. Malahan dari segi Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang
telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah
mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan
sebagainya.
Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional
untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah,
membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran
rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan
sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu
karang dan sebagainya.
Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine
menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan
kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of
the Prophet menyatakan bahawa habbatus sauda berupaya memulihkan
penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan,
masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu
badan, menambah pengaliran air liur dan sebainya.
Terdapat juga
kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu untuk meningkatkan
daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah kemampuan tubuh
untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala
unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam
tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem
kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai
senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Habbatus
sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia.
Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga
larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air tersebut akan
berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh
manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan
serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut
dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna
kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu
metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru
dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan
pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun. Habbatus Sauda yang
mengandungi Saponin, boleh meneutralkan dan membersihkan racun dalam
tubuh manusia.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan
tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus
sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi
metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi
jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk
mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat
menghilangkan stress.
Khasiat, Kebaikan &
Kelebihan Habbatus
Sawda' / Jintan Hitam
-
Nabi Muhammad pernah
bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat
ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
-
Habbatus sauda ialah
sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di
kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun
kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap
dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
-
Habbatus sauda digunakan
secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit
muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema,
keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit
otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu
karang dan sebagainya.
-
Ibnu Sina di dalam bukunya
Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan
membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
-
Ibnu Qayyim di dalam
bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya
memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut,
kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang
lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
-
Dr Ahmad Elkadi pula
membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan
sakit (immune system).
-
Habbatus Sauda merupakan
tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa,
 |
| habbatus sawda dalam bentuk serbuk+madu lebah utk kesihatan berpanjangan |
Manakala manfaat lain habbatus sawda adalah sebagaimana berikut:
1. Ditumbuk dibuat
adunan dan dicampur dengan madu. Diminum setelah dicampurkan dengan air
panas sebagai rutin harian. Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu
kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
2. Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak. Ia bolah mengeluarkan cacing dengan lebih cepat.
3.
Minum minyaknya kira-kira sesenduk setelah dicampurkan dengan air. Ia
dapat menghilangkan sesak nafas dan penyakit yang sejenis dengannya.
4. Dimasak dengan cuka dan dipakai untuk berkumur-kumur bagi mereka yag sakit gigi.
5. Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.
credit to; Darul Ansar
untuk tempahan pembelian produk habbatus sawda' sms ke 013-971 3026